Skip to content

Warta Malaya

Warta Malaya – Akhbar jawi tahun 1930an.

Tag Archives: negeri-negeri Melayu

Warta Malaya, 12 May 1934, p.4

Feature Article.

Dagangan-Dagangan yang Dibawa Masuk ke dalam Malaya. Kenyataan yang berjawatan.

Kenyataan yang berjawatan yang berikut telah dikeluarkan oleh Tuan Yang Terutama Pegawai yang menjalankan pertahanan kerajaan pada 11 haribulan May melengkapkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang diPertua Majlis Perniagaan di dalam Rumah Mesyuarat Orang Ramai pada hari Isnin di atas satu peraturan had-had mengikut angka yang ditentukan kerana menyelamatkan ahli-ahli perniagaan British dalam barang-barang kapas sutera tiruan dan beberapa percampuran yang tertentu.

Perbuatan yang akan dilakukan di dalam negeri-negeri Selat itu diterangkan menjadi menjalankan had-had angka-angka yang ditentukan di atas dagangan-dagangan masuk dari sekalian negeri luar diasaskan di atas perniagaan mengikut hitungan panjang kerana tahun iaitu dari tahun 1927 hingga tahun 1933.

Kenyataan itu menyatakan:

Pegawai yang menjalankan perintahan kerajaan negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Negeri-Negeri Melayu telah menerima satu telegram daripada Yang Amat Berhormat Setiausaha Negeri kerana Negeri-Negeri Perintahan menyatakan bahwa kerajaan Yang Maha Mulia telah bertetap hendak menjemput sekalian kerajaan negeri-negeri perintahan dan negeri pernaungan di mana perbuatan yang demikian itu boleh dijalankan dan tiada ditahan oleh kewajipan-kewajipan perjanjian dengan bermaksud hendak menyelamatkan ahli-ahli perniagaan British daripada pertandingan Jepun dalam barang-barang kapas dan sutera tiruan.

Yang berikut ialah satu petikan daripada satu kenyataan yang telah diperbuat oleh Yang diPertua Majlis Perniagaan dalam Rumah Mesyuarat Orang Ramai pada hari Isnin 7 haribulan Mei:

Dalam hal pasar-pasar negeri-negeri perintahan, sahabat saya Yang Amat Berhormat Setiausaha negeri kerana negeri-negeri perintahan telah berunding dengan gabenor-gabenor negeri perintahan kerajaan negeri-negeri perintahan dan negeri-negeri pernaungan yang kerananya perbuatan yang demikian itu akan menjadi munasabah akan diminta supaya menjalankan angka-angka yang ditentukan kerana dagangan-dagangan masuk yang kecuali di Afrika Barat akan dijalankan di atas sekalian barang-barang kapas dan sutera tiruan yang dibawa masuk dari negeri luar.

Dengan bermaksud hendak meletakkan balik negeri ini dalam perdirian dalam sekalian pasar yang terlebih dahulu ia telah memegang yang tiada seperti kelaziman, maka adalah diniatkan bahwa asas kerana mengkadarkan angka-angka yang ditentukan ini seperti di antara negeri-negeri luar akan menjadi seberapa jauh yang beroleh mengikut hitungan panjang dagangan-dagangan masuk mereka dalam tahun-tahun dari 1927 hingga 1931.

Adalah disyorkan lebih jauh lagi bahwa undang-undang yang mustahak hendaklah diadakan dengan seberapa segera yang boleh dan bahwa undang-undang itu hendaklah dirangkakan hingga peraturan-peraturan angka yang ditentukan yang sebesar akan dihitung menjadi mulai dari hari ini 7 haribulan Mei yang demikian tidak ada percubaan hendak mendahului yang akan dibiarkan membantut muslihat dan maksud ikhtiar-ikhtiar yang dirundingkan.

Adalah dicadangkan bahwa peraturan had mengikut angka yang ditentukan hendaklah digunakan kerana menyelamatkan ahli-ahli perniagaan British dalam barang-barang kapas dan akan dijalankan halnya di atas dagangan-dagangan dan barang-barang kapas yang dengan terusnya berlawanan dengan mereka itu misalnya sutera tiruan dan beberapa percampuran yang tertentu.

Supaya hendak menjauhkan daripada aturan itu dijadikan tiada dapat dijalankan pada permulaan dengan perbuatannya mendahului yang luas. Maka adalah disyorkan bahwa angka yang ditentukan yang pertama hendaklah dihitung dari 7 haribulan Mei, iaitu tarikh kenyataan yang dikeluarkan. Mengikut yang demikian bahwa undang-undang yang mustahak yang adalah diharapkan boleh diadakan seberapa awal hendaklah menjadikan berkenaan dengan perkara yang telah lalu sehingga itu.

Maksud am itu ialah hendak menjalankan had mengikut angka yang ditentukan ke atas sekalian negeri dengan angka yang ditentukan itu diasaskan dalam masa permulaan di atas dagangan masuk dalam tahun-tahun dari 1927 hingga 1933. Di mana sebarang negeri telah mempunyai satu dagangan masuk dalam tahun-tahun itu sebanyak kurang daripada 2 1/2 peratus daripada jumlah dagangan-dagangan masuk, maka negeri itu boleh dibenarkan satu angka yang ditentukan sebanyak 2 1/2 peratus daripada jumlah itu. Peraturan ini akan menurut syarat dan bagi masa angka yang ditentukan yang pertama yang akan dijalankan hingga penghujung tahun 1934.

Setiausaha negeri sedarkan bahwa menjadi muslihat ini di Malaya akan mendapatkan beberapa kesusahan yang tertentu disebabkan oleh mustahaknya menjaga keselamatan perniagaan “Entrepot” yakni menjadi tempat di mana pekerjaan memasukkan dagangan dan mengeluarkan dagangan itu dijalankan bagi negeri-negeri Selat.

Tetapi ia berasa tetap bahwa akan kehendak am dalam negeri-negeri selat dan dalam negeri-negeri Melayu yang bersekutu dan yang tiada bersekutu hendak bekerja-bekerja sama-sama sedia upaya mereka dalam satu hal yang begitu besar keadaannya kepada United Kingdom ia menaruh gapar yang perkara pertandingan perniagaan Jepun itu telah mengambil pemerhatian yang mahir bagi lembaga suruhan perniagaan Colony itu dan berharap dengan seikhlasnya bahwa akan dapat diperolehi satu ikhtiar yang memberi diperolehi satu ikhtiar yang memberi puashati bagi menjalankan muslihat angka yang ditentukan dalam Malaya.


blog directory
Local blogs directory

Tags: , ,